Presiden AS dilapor mengulas secara terus mengenai respons Iran terhadap cadangan AS untuk menamatkan perang.
“Saya baru sahaja membaca respons daripada apa yang dipanggil ‘Representatitif’ Iran. Saya tidak menyukainya — SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DITERIMA! Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini. Presiden DONALD J. TRUMP,” tulis presiden itu di platform Truth Social, menurut berita Al Jazeera.
Menurut Al Jazeera, media Iran sebelum ini mengatakan bahawa respons telah disampaikan melalui pengantara Pakistan hari ini (Ahad).




























