Menteri Pertahanan Latvia Andris Spruds meletak jawatan pada Ahad, selepas dua dron Ukraine pada Khamis terbang masuk dari Rusia dan menghentam kemudahan penyimpanan minyak, lapor Reuters.
Terdahulu pada Ahad, Perdana Menteri Latvia Evika Silina menuntut peletakan jawatan itu, mengatakan sistem anti-dron tidak digunakan dengan cukup pantas, menurut Reuters, dia melantik kolonel tentera Latvia Raivis Melnis sebagai menteri pertahanan baharu.
Latvia dan Lithuania pada Khamis menggesa NATO untuk meningkatkan pertahanan udara di rantau mereka selepas dua dron datang melepasi sempadan Rusia dan meletup di sebuah kemudahan penyimpanan minyak di Latvia, menurut Reuters.
Menurut agensi berita itu, Menteri Luar Ukraine Andrii Sybiha pada Ahad berkata di X bahawa dron terbabit adalah (milik) Ukraine, dan terbang ke Latvia akibat “peperangan elektronik Rusia sengaja mengalihkan dron Ukraine daripada sasaran mereka di Rusia”.




























