Kementerian Luar Israel berkata pada Khamis, Tentera Laut Israel menahan 175 aktivis flotila Gaza di atas lebih 20 buah bot semalaman dekat pulau Crete di Greece, beratus-ratus batu nautika dari Israel, lapor Xinhua.
Menurut Xinhua, dalam satu catatan di X, kementerian itu menerbitkan video yang menunjukkan sesetengah aktivis.
Flotila itu, yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza dilanda perang, berlepas dari Barcelona, Sepanyol, pada 12 April, bertujuan untuk mencabar sekatan Israel.



























