Presiden Iran Pezeshkian menyalahkan AS dan Israel atas sekatan berterusan di Selat Hormuz, sekali lagi mempertahankan keputusan untuk menghalang “negara-negara musuh”, lapor Al Jazeera.
Dalam mesej memperingati Hari Teluk Parsi Nasional yang diedarkan oleh media kerajaan, Pezeskhian berkata laluan perairan itu adalah “simbol penentangan negara Iran yang hebat”.
“Tanggungjawab atas sebarang ketidakamanan di kawasan perairan ini terletak pada Amerika Syarikat dan rejim Zionis.”



























