Empat pendatang diselamatkan dari Mediterranean lebih lima hari selepas bot yang sepatutnya membawa mereka ke Eropah terbalik di luar Libya, kata tiga sumber Libya dan Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Isnin, menurut laporan Reuters.
Walau bagaimanapun, 10 pendatang disahkan terkorban dalam bencana itu di luar Tobruk di timur Libya, dan 31 masih hilang. Enam mayat ditemui pada Sabtu selepas dihanyutkan ke pantai.























