Seorang terbunuh dan tujuh lagi cedera selepas sebuah bas troli merempuh sebuah pasar raya di bandar Salzburg pada Isnin, menurut berita Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kemalangan itu dilaporkan berlaku sekitar tengah hari, apabila bas troli itu merempuh bahagian hadapan kaca dan kawasan pintu masuk kedai.
Menurut Palang Merah, seorang maut di tempat kejadian. Dua orang parah dan dibawa ke hospital, manakala lima yang lain cedera ringan.
Pihak berkuasa dilapor berkata, tambahan 25 hingga 30 orang mungkin terlibat dalam kejadian itu, termasuk penumpang, pejalan kaki dan pelanggan di dalam kedai.
Punca sebenar nahas masih dalam siasatan.























