Serangan udara Israel mencederakan pasangan Lubnan ketika mereka meninggalkan kampung sempadan Mari, lapor Al Jazeera memetik Agensi Berita Kebangsaan (NNA) Lubnan.
Pasukan Palang Merah telah memindahkan pasangan itu ke hospital berdekatan untuk rawatan.
Sejak sejam lalu, serangan udara Israel telah menghentam pelbagai lokasi di seluruh selatan dan Lembah Bekaa, termasuk At-Tiri, Beit Yahoun, bandar Bint Jbeil, al-Ansar dan Sohmori.
Secara berasingan, Hizbullah mengumumkan pejuangnya menyasarkan pangkalan tentera laut Israel di Pelabuhan Ashdod menggunakan peluru berpandu “termaju”.























