Pihak berkuasa di Dubai mengatakan terdapat satu lagi insiden yang melibatkan serpihan jatuh, kali ini di Internet City, lapor Aljazeera.
“Pihak berkuasa mengesahkan bahawa mereka bertindak balas terhadap insiden kecil yang disebabkan oleh serpihan daripada pintasan udara yang jatuh di bahagian hadapan bangunan Oracle di Dubai Internet City,” kata Pejabat Media Dubai dalam satu catatan di X.
“Tiada kecederaan dilaporkan,” tambahnya.
Terdahulu, pejabat itu berkata serpihan jatuh di bahagian hadapan sebuah bangunan di kawasan Dubai Marina dan tiada kebakaran atau kecederaan dilaporkan.























