Gempa bumi kuat berukuran 5.9 magnitud melanda wilayah sempadan antara Afghanistan dan Tajikistan pada Jumaat, menggegarkan sebahagian Afghanistan dan Pakistan, lapor Anadolu.
Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 175 kilometer (108.7 batu) pada 1612GMT, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman.
Gegaran itu dirasai di ibu kota Afghanistan, Kabul, tulis seorang penduduk tempatan Obaidullah Baheer di X, menurut Anadolu.
Gempa bumi itu juga dirasai di ibu kota Pakistan, Islamabad, wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa, dan wilayah utara Gilgit-Baltistan.
Jabatan Meteorologi Pakistan mengukur gempa bumi itu pada magnitud 6.1.
Tiada laporan segera mengenai korban atau kerosakan.























