Satu kejadian tembakan pada petang Jumaat di Wilayah Herat di barat laut Afghanistan mengakibatkan tujuh maut dan 13 cedera, kata Abdul Mateen Qani, jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Afghanistan, dalam satu catatan media sosial, lapor Xinhua.
Qani berkata, beberapa lelaki bersenjata yang tidak dikenali tiba dengan motosikal di tapak berkelah dekat kampung Qabrezona Kili di daerah Injil di Wilayah Herat dan melepaskan tembakan ke arah orang awam yang berkumpul di sana.
Orang awam biasanya berkumpul di tapak itu pada Jumaat, hari rehat mingguan.
Menurutnya, maklumat awal menunjukkan tujuh orang terbunuh dan 13 cedera dalam serangan itu, dengan sesetengah daripada mereka yang cedera dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.























