Pertempuran maut antara penduduk tempatan dan pengendali sebuah syarikat perlombongan emas di utara Afghanistan menyebabkan empat orang terbunuh dan lima yang lain cedera, kata pegawai pada Rabu, menurut laporan AP.
Abdul Mateen Qane, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, dilapor berkata keganasan itu meletus pada Selasa di daerah Chah Ab di wilayah Takhar, mengorbankan tiga penduduk dan seorang pekerja syarikat. Lima yang lain cedera.
Qane tidak menyatakan apa yang mencetuskan pertempuran atau siapa yang memiliki syarikat itu.
Dalam satu kenyataan, Qane dilapor berkata dua suspek — seorang pekerja keselamatan syarikat dan seorang lagi penduduk tempatan — telah ditangkap berhubung keganasan itu.
Afghanistan kaya dengan mineral termasuk arang batu, tembaga, bijih besi, zink, emas dan perak.
















































