Empat rakyat Palestin terbunuh dan beberapa lagi cedera pada Ahad dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiranan al-Tuffah di timur bandar Gaza, menurut Xinhua memetik sumber keselamatan dan perubatan Palestin.
Sumber keselamatan mengatakan sebuah dron Israel telah melepaskan sekurang-kurangnya satu peluru berpandu ke arah sekumpulan anggota keselamatan Hamas di kawasan itu.
Sumber perubatan mengesahkan empat kematian itu, sambil menambah bahawa mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital berdekatan.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pasukan Israel telah menjalankan pelbagai serangan udara yang menyasarkan pusat pemeriksaan keselamatan dan kenderaan polis di Jalur Gaza, mengakibatkan korban jiwa.
Tentera Israel sering mengatakan operasi sedemikian ditujukan kepada anasir bersenjata atau ancaman yang dirasakan.























