Tiga orang terbunuh dan sembilan lagi cedera dalam serangan dron di wilayah Rostov, barat daya Rusia awal Khamis, lapor Xinhua memetik gabenor wilayah itu, Yury Slyusar yang melaporkan melalui saluran Telegram.
Slyusar dilapor berkata, sebuah dron menyerang sebuah kapal kargo di sebuah pelabuhan di Rostov-on-Don, ibu kota wilayah itu, membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain.
Dilaporkan, bandar Batysk juga diserang, dengan dua buah rumah terbakar, mengakibatkan satu kematian dan enam cedera.
Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, 77 dron telah dipintas dan dimusnahkan di wilayah Rusia malam tadi, lapor Xinhua.
















































