Dua mayat ditemui dan lebih 70 orang hilang selepas sebuah vesel kayu yang membawa 105 orang terbalik di perairan di bawah kawalan Libya, kata Mediterranea Saving Humans, sebuah organisasi Itali, pada Ahad dalam satu kenyataan, lapor Xinhua.
Bot itu dilaporkan belayar dari Tajoura di barat laut Libya.
Kejadian itu berlaku pada petang Sabtu, 14 batu nautika timur laut platform minyak di Bouri, utara pantai Libya di Laut Mediterranean.
Dua kapal dagang mengambil bahagian dalam operasi menyelamat, dengan satu berjaya menemui 32 mangsa terselamat dan dua jasad tidak bernyawa.
Mangsa terselamat dan mayat dibawa ke Lampedusa, selatan Itali pada pagi Ahad, manakala yang lain masih hilang di laut, menurut kenyataan itu.























