Sekurang-kurangnya 11 sekeluarga terbunuh dan tiga lagi cedera pada Isnin apabila sebuah bas mini dilaporkan terbabas di lebuh raya di timur Bolivia.
Menurut berita Xinhua, media tempatan melaporkan kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Bioceanic, di laluan antara pekan Puerto Suarez dan Puerto Quijarro di jabatan Santa Cruz.
Menurut pengarah trafik Santa Cruz, Martin Arequipa, siasatan awal menunjukkan kenderaan itu, yang pulang dari parti keluarga, dipandu oleh seorang kanak-kanak bawah umur yang sedang memecut, lapor Xinhua, bas mini itu hilang kawalan dan merempuh tepi jalan.
Rolando Rodriguez, ketua polis Puerto Quijarro, dilapor berkata semua mangsa adalah ahli keluarga yang sama, dan tiga yang cedera dibawa ke hospital.
Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kemalangan itu dan dijangka akan mengeluarkan laporan rasmi tidak lama lagi.
















































