Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh pada Sabtu selepas sebuah trak kargo terbalik dan melanggar sebuah kenderaan dan sebuah motosikal di Rubavu, barat Rwanda, kata seorang pegawai, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku dekat Hospital Gisenyi pada sebelah petang, kata Prosper Mulindwa, datuk bandar daerah itu, kepada pemberita.
“Mangsa termasuk enam orang yang berada di dalam kenderaan dan pejalan kaki. Dua orang yang menunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang lain meninggal dunia di hospital,” katanya.
















































